Selasa, 20 Disember 2011
HANYA SATU
Pada masa aku di bawah tapak lantai bumi.
Dia juga berhak ketika aku di puncak langit.
| Reactions: |
Ahad, 18 September 2011
Diari 18911
Isnin, 12 September 2011
Untuk Lelaki
Ahad, 14 Ogos 2011
Pergi
Aku harus pergi. Kalau hari ini kau sakit, percayalah ia demi hidup depanmu yang lebih baik.
| Reactions: |
Isnin, 25 Julai 2011
Takdir
Kalau dengan bertahan
Menjadi jawapan menang atau kalah
Aku tahu kau dah punya jawapannya.
Mereka kata dunia kita adil
Setiap tirai punya harga yang sama
Setiap lantai punya muka yang sama
Berpijak atau bergantung
Kitakah yang tentukan?
Tidak.
Didepan hanya ada hamparan.
Satu hamparan luas.
Engkau kata..
Siapa kita pada hari esok, adalah kerana kita hari ini.
Kalau hari ini aku seorang pengemis jalanan,
adakah esok nasibku serupa atau lebih teruk?
Jadi aku simpulkan yang engkau hanya berbicara kosong.
Selagi aku masih punya semangat
Selagi itu aku tutupkan telinga.
Selagi aku punya impian
Tiada siapa berhak menghancurkan.
Jumaat, 15 Julai 2011
Saya dan MBSB
Hye. Assalamualaikummmmmm ! Woaah. Lama tak update blog. Rasa kekok. Tangan rasa tak selesa menaip. Ceh padahal kalau sehari tanggan tak bersentuh keyboard laptop tak sah. Kalau buat assignment atau menelaah, tak apa juga. Tapi ini tidak. Heheh.
Beberapa hari lepas, busu Jazmi ada menghantar kiriman message. Bertanyakan samada sy berminat lagi ke tidak untuk membeli blackberry. Jawab saya, "belum ada rezeki busu. Lepas terlunas semua credit & perkara penting yang perlu dibayar insyaAllah saya akan hadiahkan blackberry buat diri sendiri. Dan yang paling penting, atas usaha dan duit sendiri."
Dia membalas dengan senyuman sahaja. Tak lama selepas tu, dia balas lagi. "Ain tak nak buat partime ke?"
Tak sampai seminit, sy membalas. "Partime hotel ain dah tak buat lagi. Sekarang try to focus on study. Kalau ada jemputan jadi MC, ain terima sikit sikit. Itupun kalau kenal rapat dengan producer event. Tolong2 kawan bolehlah. Kalau event besar sikit, dapatlah RM30-50 untuk 2 jam."
Seminit kemudian, berbalas lagi. "Ain tolong komersialkan MBSB, boleh?"
Lama sy terdiam depan laptop. Beberapa minit kemudian, barulah tergerak nak buat sedikit study mengenai apa tu MBSB? Jadi bermulah pencarian jawapan. Selama 2 hari research dibuat. Pro and cons ambil loans from MBSB. Barulah sy bersedia membantu. Kalau ada rezeki, dapatlah orang, dapatlah tambah sedikit pendapatan. Cover mana mana yang kurang, insyaAllah.
Tapi sy tak boleh menafikan. Dunia sekarang banyak penipuan itu dah ini. Manusia pula semakin lama semakin bijak. Mereka tak membuta tuli dengar dan percaya. Kesimpulannya, ambil masa untuk sy tarik orang, lebih lebih lagi bila melibatkan soal wang ringgit. Jadi, sy memujuk diri. Harus bersabar. Mungkin makan masa sedikit. Dalam pada itu, sy menambah ilmu didada. Bagaimana untuk berurus niaga dengan lebih efisyen.
Mungkin sedikit informasi mengenai MBSB di share. Lawati www.mbsb.com.my untuk keterangan lebih lanjut untuk membantu anda keluar daripada masalah kewangan dengan membuat pinjaman dengan lebih bijak dan teratur.
Jika anda berminat, sila hubungi saya di:
facebook : Aien Zainal
twitter : aiennzainal
Wishing you guys a great day ahead. InsyaAllah. <3
Isnin, 20 Jun 2011
Selamat Hari Ayah
"Masa ain kecil kecil dulu, paling malas nak pegi sekolah. Kalau kejut pagi, macam datuk cina pagi pagi. Duduk depan bilik air, mencangkung, dengan mata tutup, terhanguk hanguk."
Ayah sambung lagi selepas menghirup teh cina herba kegemarannya. Aku tersenyum dan hanya berdiam mendengar.
"Masa nak pegi asrama, bukan main hiba. Marahkan ayah, marahkan emak."
Dia tenung aku.
"Bila tau ain berubah? Masa ain nak PMR. Orang lain belajar jugak, tapi tak macam ain. Sampai ayah balik pukul 4 pagi pun tengok study table ain terang benderang. Ain dah terlena atas meja. Lepas ayah gerakkan ain, ain bangun. Ayah ingat ain tidur balik. Tapi rupanya, sejam lepas tu masa ayah nak ambil wudu' soalt subuh, ain leka hafal itu ini."
"Time universiti pun sama. Kerja keras dengan event, dengan belajar nak dikejar. Dengan kerja partime."
Suara ayah makin perlahan.
"Ayah minta maaf tak dapat jadi ayah yang terbaik, untuk ain dengan adik adik."
Aku jadi hiba.
"Ain susah dari remaja. Tak enjoy macam kawan kawan lain. Masa enjoy ain habis dekat tempat kerja. Ayah kadang kadang kesian. Ain bila dah kerja nanti, lagi susah. Lagi sibuk. Ayah takut ain tak ada masa untuk ain sendiri. Tengok macam busu. Dah jadi lawyer, sibuk. Mana ada masa untuk family."
Aku hanya berkata dalam hati yang,
"Ain buat semua ini untuk ayah."
SELAMAT HARI BAPA, AYAH - 2011
